Multi-styled Text Generator at TextSpace.net



kalau anda suka... LIKE dan TWEET la blog saya neh :) terima kasih




Facebook twitter youtube Flavors Soundcloud follow follow follow


okay..the name is MOMAHAD KHAIDIR BIN HASSAN
currently studying in UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
I'm taking BACHELOR OF LANDSCAPE ARCHITECTURE
I'm blogging SINCE FORM 3 (2008)






Follow on Bloglovin






Damansara Perdana, KL
posted at Wednesday, October 30 , October 30, 2019


Hai bloggers, 

Bila dikira-kira, tinggal sebulan lagi aku nak tinggalkan tempat ni setelah setahun aku berada di Damansara Perdana bekerja di Taman Tun Dr Ismail. Walaupun tempat tinggal aku di Damansara ni tidaklah se-gah orang lain, aku still happy sepanjang setahun aku hidup dekat tempat ni. Turun naik, dari hari pertama sampai bulan terakhir yang tinggal sehari.

Dekat sini jugalah aku dapat berkenalan dengan artis, producer dan rakan-rakan baru yang lain. Di tempat ni jugalah aku terbitkan single aku walaupun lagu tersebut tidak dapat tembus layar seni yang dipanggil "mainstream" seperti yang aku idamkan dari zaman sekolah lagi. Pencapaian yang tak pernah aku sangka dalam hidup aku yang sebelum ini aku sangkakan ia tidak akan menjadi kenyataan. Tapi dengan berkat usaha dan bantuan dariNya, aku dapat juga merakamkan single tu.

Aku datang ke Company di TTDI ni bukan lah sebagai seorang Landscape Architect yang berpengalaman. Hanyalah sebagai ikan bilis yang ingin berenang di lautan pasifik bersama paus. Namun, telah banyak aku pelajari dari mula aku di serahkan kepercayaan dengan satu projek landskap yang berada di Seremban sehinggalah projek yang ada di sekitar Kuala Lumpur. Aku memegang projek Seremban di bawah naungan UEMLand dari ia hanya di atas kertas sehingga menjadi kenyataan dibatas muka bumi. Alangkah gembiranya kalau kau melihat residen menggunakan "design" kau dengan happynya. Dan sekarang, aku masih mengendalikan projek di Seri Kembangan. Di mana, projek ini mengambil masa yang begitu lama untuk diselesaikan.

Hari demi hari, minggu demi minggu dan tahun demi tahun. Seringkali bertukar "team". Aku bukan lah orang yang kedua atau ketiga dari company yang memegang projek ini. Apa yang aku diinform, rasanya projek ini dah bertukar tangan lebih dari 4 orang. Aku adalah orang yang kelima dan akulah yang berjaya menggerakkan projek ini sehingga ia hampir selesai. Belum sempat ia selesai, aku terpaksa mengundurkan diri untuk aku lompat ke dunia lain demi mencari pengalaman dan potensi untuk aku terus ke hadapan. Projek ini akan aku serahkan kepada partner aku di ofis. Senior landscape architect yang berada di company aku. Ya, memang berat rasanya untuk aku lepaskan kepada dia kerana tahu akan status projek yang amat leceh. Bukan setakat client, malah maincon dan juga subcon yang selalu membangkitkan perihal yang tidak sepatutnya. Membangkitkan rasa amarah. Apakandaya, aku hanya junior, ikutkan sahaja kata mereka. Mereka lebih arif.

Tidak mengapa, pengalamanku di sini mengajar aku untuk berhadapan secara profesional. Terima kasih semuanya. 




OLDER POST ▶ ◀ NEWER POST