Hello Guys
posted at Monday, October 28 ,
October 28, 2019
Aku Khaidir..
Member-member ramai panggil aku Sudap..
Kenapa?
Rahsia..
Okay.. Macam ni.. Aku dah lama tak tulis blog.. And aku rasa aku patut create satu hobi baru memandangkan sekarang aku dah bekerja and hidup aku lately ni sangat membosankan.. Aku ferfikir, hidup aku makin lama makin tua. Usia makin lanjut, masa depan tak tunggu aku. Dia berjalan je macam yang dah ditentukan olehNya. So, aku dapat satu idea macam mana aku nak enjoy dalam hidup aku, making myself happy dengan apa yang ada. Al maklumlah, gaji tak seberapa, pangkat best tapi..........
Okay moving on..
First thing yang aku buat was... Aku beli marker, pen pilot grip 0.5, pen pilot grip 0.3 and last but not least.. Aku beli sketchbook. Sebabnya, aku suka sketch benda merapu atas kertas recycle dekat office and aku takut orang office annoying dengan aku and nampak aku tak buat kerja pulak. Okay, that was my first step.
Then, moving to second. Aku beli a tablet, since laptop aku rosak. Terkena air masa hujat lebat. Tu lah, siapa suruh tinggal rumah, tingkap terbuka luas bagi air hujan masuk. Padan muka. Tablet ni aku beli dengan orang yang jual dekat facebook. Tablet RM250, Amazon Fire HD 8. Aku beli dengan duit gaji bulan Mac dengan menyangkakan aku akan cukup duit hingga ke hujung bulan. Namun begitu, sebaliknya berlaku. Tapi aku tetap bahagia dengan tablet ni sebab aku dapat menulis.
Next, yang ketiga. Idea untuk bervlogging semula. Yes, aku pernah buat vlog masa aku ada beberapa hari untuk grad. Alangkah indahnya kalau aku sedar tentang vlog lebih awal. Sudah pasti aku dikenali sekarang. Apakandaya, nasi sudah menjadi bubur. Sudah tiada gunanya lagi untuk aku memikirkan hal tersebut. Namun begitu, setelah aku menelaah vlog-vlog anak melayu dekat Youtube ni, aku kembali bersemangat untuk bervlog. TAPI.... aku kekurangan banyak benda. Aku tak ada laptop untuk edit, aku takda camera, handphone aku pun dah teruk. So how? Semua tu costing.
Yang keempat, jadi penyanyi. Sampai sekarang ni, dah dekat 9 tahun. Apa hasilnya? Mana 'Hadir' ? By the way, Hadir ni adalah single yang dirakamkan di Rousing Muses Sdn Bhd kat Damansara Perdana. Liriknya aku tulis sendiri and melodi pun hasil buah fikiran aku sendiri. Arrangment lagu tu ofcourse lah sound engineer. So, setakat ni, itu jelah yang aku ada untuk masuk industri muzik. Aku dah puas duduk dalam bidang construction and aku dah penat.
Yang kelima adalah..... Bungkusit.
Pernah dengar tak pasal bungkusit ni? Okay, bungkusit ni adalah satu apps macam foodpanda, grab, grabfood, dahmakan and lain-lain lagi yang mengamalkan sistem pengahantaran online. Cume, beza dia kat sini, pengguna dapat order dengan runner bungkusit apa yang mereka mahukan. Payment boleh buat masa runner dah sampai ataupun boleh bankin sebelum mereka bergerak ke destinasi pembelian. Prosedur yang sangat mudah, login, set location, nyatakan destinasi.. Nanti sistem akan nyatakan bayaran anda, dan rider anda akan muncul tidak lama lagi. Haha.


