Start Of Something New
posted at Monday, October 28 ,
October 28, 2019
Well, Happy Deepavali for my fellow Indian friends and also Indian Malaysian. Meriah betul sambutan kat Wangsa Maju semalam. Mercun sana-sini. Meriah betul. Semalam aku ada kat Wangsa Maju sebab aku stay kat sana for weekends since Jumaat sebab aku kena attend satu kelas IG anjuran Sifufbads. Yes kalau diikutkan, kelas tu agak mahal and aku tak boleh afford but rezeki datang tak salah alamat. Sahabat aku or lebih tepat lagi abang aku lah kat sini, dia sponsor aku and his whole office untuk pergi kelas tu untuk kami ambil knowledge untuk buat marketing dekat IG. Since aku pun tak lama lagi akan bekerja dengan dia di bawah payung Tuah Global Sdn Bhd.
Let me explain dulu, yes.. aku bekerja dalam bidang landskap buat masa sekarang since aku grad tahun 2017. And yes, aku grad bidang landskap architecture. After that aku kerja contractor as a landscape supervisor (walaupun dalam agreement tulis landscape executive) yet aku buat kerja supervisor, So aku rasa aku supervisor. But aku kerja contractor ni tak lama, hanya 3 bulan. Office aku dekat Kampung Pandan, KL tapi aku jarang ke office dan aku selalu duduk dekat site. Site aku dekat Kota Kemuning.
3 bulan berlalu, aku pindah kerja di Johor Bahru (which is my hometown) dekat Skudai. Aku kerja as a consultant pula. Which aku tukar skop kerja aku dari kuli di site menjadi orang atasan. Tapi apakandaya, company yamg aku masuk tu tersangatlah baru dan hanya aku staf yang ada. Still, aku kerja company tu tak lama, hanya 6 bulan dan aku buat keputusan untuk keluar memandangkan aku perlu mencari pengalaman yang lebih berkualiti.
6 Bulan berlalu, aku berpindah semula ke KL kerana mendapat tempat di mana aku bekerja sekarang juga sebagai consultant di TTDI. Yes aku landscsape architect di office baru aku. Setakat ni aku dah bekerja 1 tahun 4 bulan di company sekarang dan tak lama lagi, aku akan berpindah lagi.
Aku sedar lompat company bukanlah jalan terbaik demi mencari pengalaman, tapi aku punya sebab tersendiri mengapa aku berpindah. Dalam dunia 2019 sekarang ni, kita sebagai anak muda perlu berani mencari peluang yang ada untuk kita terus berkembang. Walau macam manapun, tak semua yang berani untuk melakukan tindakan seperti yang aku buat. Sebabnya, tindakan aku ni adalah satu tindakan yang perlu difikir bukan satu atau dua kali. Malah aku perlu fikir consequences yang aku akan lalui IF KEPUTUSAN AKU NI BUKANLAH KEPUTUSAN YANG BETUL. But, some said to me,
"you will not know what's coming unless you try it"
"you'll regret the rest of your life, if you haven't try"
Yes, those words datangnya dari god father aku dekat KL. Mr. Ken. Who always be nice to me. Dia lah producer yang produce lagu Hadir aku tu.
So, back to the story, tak lama lagi aku akan berpindah ke Tuah Global Empire sebagai Content Creator dan juga marketing agent. Aku perlu handle Ig Tuah Apparel and buat content untuk aku post setiap hari. Permulaan yang baru di tempat yang baru. Semuanya baru bagi aku. Tiada pengalaman dalam bidang ini. Sebab tu aku kata "keputusan berani". Siapa yang berani tolak gaji mahal, sanggup terima gaji murah untuk sesuati yang ada potensi besar dan juga kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap apa yang dilakukan. Aku hanya memandang kebaikan yang aku akan dapat dalam keputusan ni. Mungkin kali ni aku akan step up to the next level yang selama ini aku fikirkan.
May Allah ease everything. InsyaAllah.
Till next time, bloggers.
Data entry : Flora Damansara, 28 Oct 2019

