posted at Saturday, November 23 ,
November 23, 2019
(Sabtu, 23 November 2019, 9.55pm)
Baru sahaja aku duduk untuk menulis, sedang aku membetulkan wayar "charging" tabletku, terpalik multicooker yang berisi air ke atas lantai bilik membuatkan lantai itu basah. Apakah kebodohan yang aku lakukan malam-malam ni. Lebur buah fikiran aku untuk menulis. Terlupa segala cerita yang ingin aku sampaikan di dalam journal aku. Hari ini aku banyak menulis. Entah apa yang aku bebelkan dalam tulisan aku. Bukan apa, aku hanya perlukan hobi baru yang mudah dan tak menyusahkan aku untuk membuatnya juga aku perlukan tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam dada. Sekurang-kurangnya, aku boleh membacanya semula ketika aku ingin pada masa akan datang.
Aku ingin berjumpa dengan diri aku pada masa hadapan andai itu bukan perkara mustahil. Seperti Nobita berjumpa dengan dirinya sendiri pada masa hadapan menggunakan mesin masa Doraemon yang terletak di laci meja belajarnya. Aku tahu ini mustahil. Apa yang boleh aku lakukan adalah sampaikan mesej kepada diriku sendiri dengan artikel ini. Mungkin aku boleh berdialog dengan diri masa hadapan aku. Pesanan yang aku boleh berikan kepada diri aku sendiri sekiranya aku ingin mengalah. Bacalah ini wahai diri aku masa hadapan
"Wahai diriku pada masa hadapan, janganlah kau mengalah dengan dunia disekelilingmu walau ia menyakitkan. Aku benar-benar memahamimu kerana aku telah melaluinya terlebih dahulu sebelummu. Kau takkan pernah mahu untuk berpatah balik ke diri mu yang dulu ketika sedang engkau menuliskan pesanan ini kepada dirimu sendiri. Ketika ini kau tidak punya apa-apa. Dan lihatlah dirimu sekarang, jangan pernah putus asa dalam hidupmu Khaidir. Kau boleh melakukan apa yang orang lain lakukan. Jangan pernah pandang rendang pada diri kau sendiri wahai diriku pada masa hadapan. Bangkitlah."
Dengan berharap agar pesananku akan dapat dibaca ketika aku dibuai perasaan ingin berputus asa. Namun begitu, aku percaya bahawa aku akan berjaya suatu hari nanti. Meski aku masih belum merasakannya tetapi "improvement" dari masa ke semasa yang aku tak dapat lihat membuatkan aku rasa tidak bersyukur. Sahabatku Syamsul pernah berbicara padaku, "Sudap, kau mungkin tak nampak perubahan yang ada pada diri kau, tapi orang lain nampak, apa yang kau lakukan."
Syamsul adalah seorag yang berkarisma dan fokus pada apa yang dia lakukan. Ya, memang beliau mempunyai ego kerana ya lah, jawatan yang tinggi berharta datang dengan ego. Untuk orang seperti aku, yang tiada apa-apa, siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan beliau. Aku tetap ingin berjaya kerana aku tahu, aku juga boleh berjaya seperti insan-insan disekelilingku.

