Multi-styled Text Generator at TextSpace.net



kalau anda suka... LIKE dan TWEET la blog saya neh :) terima kasih




Facebook twitter youtube Flavors Soundcloud follow follow follow


okay..the name is MOMAHAD KHAIDIR BIN HASSAN
currently studying in UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
I'm taking BACHELOR OF LANDSCAPE ARCHITECTURE
I'm blogging SINCE FORM 3 (2008)






Follow on Bloglovin






posted at Saturday, August 14 , August 14, 2021

 SABTU, 23 Januari 2021.


    Aku tengah duduk kat "porch" kereta depan rumah sambil menaip bertemankan "pod" Aladdin dan secawan kopi yang aku buat pagi tadi. Sekarang jam dah menunjukkan pukul 11.51 pagi. Aku dari pagi tadi dah bangkit dari lena tidur. Temankan ibu ke Pasar Peladang sebab dari minggu lepas dia kata nak ke sana. Cumanya, minggu lepas katanya malas. Mungkin sebab kepenatan. Balik dari pasar, aku terus "preparekan" diri untuk masuk kelas yang aku dah bayar semalam. Aku sendiri pelik dengan diri aku, masa dekat universiti, bukan main malas aku nak belajar tapi bila umur meningkat, sibuk pula cari kelas sana sini. Maybe aku dah sedar yang knowledge ni sebenarnya penting untuk bawa kita lebih ke depan. Aku terpaksa korbankan masa dan wang ringgit demi knowledge yang aku akan dapat.




BERAYA DI TANPA KELUARGA DI PERANTAUAN ?
posted at Wednesday, May 20 , May 20, 2020
Hai bloggers,

Entah kenapa aku rasa nak menulis entry malam ni. Nak kata lama, tidaklah lama juga aku meninggalkan blog ni. Masih mampu untuk menulis entry tentang hidup aku. Bahkan, tempat aku bercerita.

Sekarang kita di ambang wabak yang digelar covid-19. Ya, ini adalah satu fenomena yang kita terpaksa hadapi. Benar sangat sukar untuk seorang individu untuk "survive" benda ni. Sebagai seorang pekerja di sektor swasta dengan syarikat yang tidaklah besar seperti syarikat syarikat jerung di luar sana, sangat struggle untuk survive. Maafkan aku jika aku rojakkan bahasa kerana aku merasakan lebih selesa untuk menulis kerana itulah gaya aku bercakap.

Sekarang sudah pun masuk minggu terkahir bulan ramadhan ketika kita sedang PKP. Ramai yang terlepas untuk pulang ke kampung halaman mereka untuk berjumpa dengan family. Ada yang merentas daerah, ada juga yang merentas negeri. Namun, aku tetap berada di sini sebab aku tak dapat balik hari tu. Ada kerja yang terpaksa aku selesaikan. Bukan aku taknak balik, tapi siapa yang akan deliver barang kepada customer kalau bukan aku yang hantar ke courier? Ada orang lain yang sanggup datang office untuk settlekan benda ni ? Ada yang sanggup layan caci maki customer? Aku mulakan project ni dari scratch dan akulah yang patut habiskan.

Aku lepaskan ogy untuk ulang awal kerana aku tahu dia ada masalah yang lebih berat untuk dia handle. Problem aku tidak seberat dia and au pernah berada di situasi dia berada sekarang. Aku tak mahu sebutkan problem dia. Bukan aku tak mahu mengaku yang aku jealous terhadap orang yang dah pulang ke kampung. Tapi entahlah, aku sedih bila tak dapat pulang beraya bersama family aku. Untunglah siapa yang dah dapat pulang ke kampung. 





posted at Saturday, November 23 , November 23, 2019
(Sabtu, 23 November 2019, 9.55pm)

Baru sahaja aku duduk untuk menulis, sedang aku membetulkan wayar "charging" tabletku, terpalik multicooker yang berisi air ke atas lantai bilik membuatkan lantai itu basah. Apakah kebodohan yang aku lakukan malam-malam ni. Lebur buah fikiran aku untuk menulis. Terlupa segala cerita yang ingin aku sampaikan di dalam journal aku. Hari ini aku banyak menulis. Entah apa yang aku bebelkan dalam tulisan aku. Bukan apa, aku hanya perlukan hobi baru yang mudah dan tak menyusahkan aku untuk membuatnya juga aku perlukan tempat untuk meluahkan apa yang terbuku di dalam dada. Sekurang-kurangnya, aku boleh membacanya semula ketika aku ingin pada masa akan datang. 

Aku ingin berjumpa dengan diri aku pada masa hadapan andai itu bukan perkara mustahil. Seperti Nobita berjumpa dengan dirinya sendiri pada masa hadapan menggunakan mesin masa Doraemon yang terletak di laci meja belajarnya. Aku tahu ini mustahil. Apa yang boleh aku lakukan adalah sampaikan mesej kepada diriku sendiri dengan artikel ini. Mungkin aku boleh berdialog dengan diri masa hadapan aku. Pesanan yang aku boleh berikan kepada diri aku sendiri sekiranya aku ingin mengalah. Bacalah ini wahai diri aku masa hadapan

"Wahai diriku pada masa hadapan, janganlah kau mengalah dengan dunia disekelilingmu walau ia menyakitkan. Aku benar-benar memahamimu kerana aku telah melaluinya terlebih dahulu sebelummu. Kau takkan pernah mahu untuk berpatah balik ke diri mu yang dulu ketika sedang engkau menuliskan pesanan ini kepada dirimu sendiri. Ketika ini kau tidak punya apa-apa. Dan lihatlah dirimu sekarang, jangan pernah putus asa dalam hidupmu Khaidir. Kau boleh melakukan apa yang orang lain lakukan. Jangan pernah pandang rendang pada diri kau sendiri wahai diriku pada masa hadapan. Bangkitlah."

Dengan berharap agar pesananku akan dapat dibaca ketika aku dibuai perasaan ingin berputus asa. Namun begitu, aku percaya bahawa aku akan berjaya suatu hari nanti. Meski aku masih belum merasakannya tetapi "improvement" dari masa ke semasa yang aku tak dapat lihat membuatkan aku rasa tidak bersyukur. Sahabatku Syamsul pernah berbicara padaku, "Sudap, kau mungkin tak nampak perubahan yang ada pada diri kau, tapi orang lain nampak, apa yang kau lakukan."

Syamsul adalah seorag yang berkarisma dan fokus pada apa yang dia lakukan. Ya, memang beliau mempunyai ego kerana ya lah, jawatan yang tinggi berharta datang dengan ego. Untuk orang seperti aku, yang tiada apa-apa, siapalah aku jika ingin dibandingkan dengan beliau. Aku tetap ingin berjaya kerana aku tahu, aku juga boleh berjaya seperti insan-insan disekelilingku.



posted at , November 23, 2019
(Sabtu, 23 November 2019, 8.14pm)

Aku masih tidak ke mana-mana pada hari Sabtu yang hening. Suasana di rumah seperti biasa. Housemate aku di bilik masing-masing seperti aku yang tidak ke mana-mana dek kerana hujung bulan. Masing-masing menunggu gaji untuk disumbatkan ke dalam akaun. Biasalah kalau dah hujung-hujung bulan, boleh la nampak muka masing-masing terperap mereput di rumah berbanding dengan awal bulan. Ada yang keluar, ada yang pulang ke kampung. Bagi aku, awal bulan adalah waktu terbaik untuk aku pulang ke kampung halaman aku di Skudai, Johor Bahru untuk berjumpa dengan kedua orang tuaku. Juga sahabat-sahabatku di sana. Walau kami berjauhan, tetap takkan dilupakan. Bagi sahabat-sahabatku yang berada di kampung, kami telah bersahabat sejak kami dibangku sekolah. Ada yang dari sekolah menengah, rendah mahupun tadika. Mana tak hubungan kami begitu akrab. Sudah seperti adik beradik kadang bergaduh itu biasa, esok lusa baik semula. 

Ada antara mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Rezeki mereka lebih awal. Ada yang sudah melahirkan anak. Namun begitu, masih ada segelintir yang masih bujang seperti aku. Masih menempuh onak duri kehidupan sendiri. Aku ada merancang untuk berkahwin pada umur aku menjejaki 28 tahun. Hanya perancangan tapi tuhan yang menentukan sama ada tercapai ataupun tidak. Bukan sahaja aku hendak mendirikan rumah tangga pada usia itu, Bahkan aku menginginkan sesuatu yang lebih besar berbeza dengan kehidupan aku ketika ini.

Aku seorang anak bujang yang tidak punyai apa-apa. Harta, ilmu? Aku tidak mempunyai harta. Hanyalah ada sebuah motor yang telah dicuri orang. Sekarang sudah tiada apa yang aku punya kecuali diri aku sendiri. Ilmu? Bukanlah aku kata aku tiada ilmu langsung. Namun begitu, aku masih kurang dan perlu banyak mempelajari dari insan-insan yang benar-benar berilmu. Terkadang aku tertanya pada diri sendiri, melihat cermin yang tergantung di ampaian di bilikku, "adakah aku seorang yang sering kalah dalam pertarungan dunia?" 

Aku amat bersyukur ke atasNya kerana mempertemukan aku dengan dua insan yang amat besar jasanya bagiku di bumi Kuala Lumpur. Kalau tidak kerana mereka, aku masih terhuyung hayang. Dua insan ini mengajar aku tentang dunia perniagaan. Namun disebabkan aku yang sudah biasa dengan dunia pekerjaan biasa, sukar untuk aku hadamkan dunia perniagaan. Walaubagaimanapun, tetap aku cuba untuk teruskan kerana matlamat aku ingin mengubah hidup aku. 

Aku masih tercari-cari sebab terbesar (Big Why) untuk aku memulakan bisnes. Seperti yang di pesan oleh setiapa peniaga, sebab terbesar inilah yang akan membawa kita ke puncak kejayaan dalam bisnes, yang akan memastikan kita kekal dalam meneruskan apa jua bisnes yang kita jalankan. Sedang kita merasakan yang ktia akan jatuh dek kerana sekeliling yang ingin melihat kita jatuh. Dunia ini tidak adil, lebih kita jatuh lebih dunia akan bertepuk tangan. Mungkin sudah lumrahnya begitu. Dunia.



posted at , November 23, 2019
(Sabtu, 23 November 2019, 5.54pm)

Waktu menunjukkan 5.54 petang. Sedang aku berada di dalam kamarku sambil menulis menggunakan papan kekunci yang baru sahaja aku beli di Pasar Raya di alam maya, Shopee. Baru sahaja ia tiba di syarikat  aku bekerja semalam. Alangkah gembiranya aku setelah sekian lama aku menunggu untuk mendapatkan papan kekunci "wireless" dan mempunyai LED backlit. Akhirnya penantian yang tidak sia-sia. Tambahan aku diberi diskaun yang berbaloi bersempena dengan jualan 11.11.

Hujan baru sahaja membasahi bumi Damansara sebentar tadi. Dari pagi sampai ke petang aku masih belum keluar dari bilik, hanya menunggu waktu berjalan sehingga tamat hari ini. Ya, sepertinya aku mensia-siakan hujung minggu aku yang sepatutnya aku membuat sesuatu seperti orang lain. Apakandaya, keadaan aku sekarang tidak membenarkan aku untuk ke mana-mana. Kewangan aku terhad kerana waktu-waktu seperti ini adalah saat genting untuk aku berjimat. Tidak banyak yang ada di dalam pocket seluarku, dalam dompetku mahupun dalam akaun bank. Tidak banyak angka yang dapat dihitung sekalipun aku ke ATM untuk keluarkan wang simpanan aku. 

Aku suka menulis sewaktu dahulu. Ketika dibangku sekolah. Aku telah mewarnai blog aku yang sekian lama aku punya dengan cerita-cerita aku dari dulu lagi. Ya memang banyak perbezaan gaya penulisan aku dari tahun ke tahun. Banyak juga cerita yang aku tak sangka akan aku tulis setelah sekian tahun di bumi. Bila dibaca semula, terkadang geli hati, terkadang sedih sendiri dengan kehidupan. Sekalipun sukar, pahit yang aku lalui, tetap aku hargai pengalaman-pengalaman dan suratan, ketentuan yang telah ditentukan olehnya.



Leaving Behind
posted at , November 23, 2019
Hampir 2 bulan telah berlalu selepas aku menghantar tulisan berkenaan dengan kerjaya aku sebagai Arkitek Landskap di syarikat swasta yang aku kerja sekarang. Tidak lama lagi aku akan membuka lembaran yang baru di tempat yang baru. Suatu yang aku tidak pernah lakukan sebelum ini dalam bidang kerjaya. Berbohonglah aku kalau katakan yang aku tidak ada sedikit rasa takut untuk tempuh hidup baru. Risiko yang aku ambil dengan meninggalkan kerjaya yang aku telah bina walaupun hanya setahun 4 bulan aku berkhidmat sebagai Arkitek Landskap. Tetap aku merasai, keputusan yang aku ambil ini adalah keputusan yang berbaloi demi mengubah nasib diri yang seakan-akan sama hampir setiap bulan. Makan gaji yang tak pernah dirasai cukup. Tetap aku bersyukur ke atasNya dengan apa yang aku punya sekarang. Memang benar kata orang, tak semua yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Apa yang dimahukan tidak semestinya dapat dimiliki. Akan tetapi haruslah panda meletakkan rasa syukur ke atas apa yang ada di depan mata.

Manusia memang mudah lupa. Kadang tak perasan dan tak hargai apa yang ada di depan mata Dan mengharapkan sesuatu yang belum tentu dipunya. Sedangkan yang didepan mata seringkali mengatur langkah untuk membahagiakan.

Selamat tinggal wahai rakan seperjuangan. Terima kasih atas jasa dan ilmu. Yang buruk kita tinggalkan yang baik kita imarahkan. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman dalam jangka setahun sepanjang kita bersama. Turun naik kita tempuh. Masa yang singkat bagi kalian tetapi agak lama bagi diri aku. Aku tidak kesal dengan keputusan yang aku putuskan. Tidak sekali aku akan berpatah balik pulang ke arah yang sama. Aku ingin menjadi burung yang terbang seperti helang. Gah Dan dihormati setiap yang memandang. Aku perlukan potensi. Aku perlukan tempat untuk aku bangunkan semangatku, luaskan pemikiranku dan realisasikan impianku.





Going to IG Class
posted at Wednesday, October 30 , October 30, 2019





OLDER POST ▶